December 30, 2010

"Kami HEBAT"

                                       PEMAIN Malaysia ditabal selaku juara baru Piala Suzuki AFF di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, malam tadi.
PEMAIN Malaysia ditabal selaku juara baru Piala Suzuki AFF di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, malam tadi.
Juarai Piala Suzuki AFF dengan agregat 4-2 depan 95,000 penyokong Indonesia

                                              BERAKHIR KEMARAU 14 TAHUN !

                                     SAFEE cuba melepasi asakan pertahanan Indonesia,  Zulkifli Syukur sambil diperhati Norshahrul (kanan) ketika perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno, malam tadi.
SAFEE cuba melepasi asakan pertahanan Indonesia, Zulkifli Syukur sambil diperhati Norshahrul (kanan) ketika perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno, malam tadi.
Malaysia bawa pulang Piala Suzuki; Safee muncul penjaring terbanyak

HARIMAU Malaya seperti memberi 'markah kasihan' kepada Indonesia dan penyokong mereka untuk menang di laman sendiri ketika episod penyudah di Stadium Gelora Bung Karno, malam tadi menyaksikan anak didik K Rajagobal mencipta gemilang ditabal selaku juara baru Piala Suzuki AFF.

             Safee ucap Terima Kasih kepada rakan sepasukan !

                                          SAFEE bersama trofi penjaring terbanyak kejohanan yang diterimanya. malam tadi.
                                                     
SAFEE bersama trofi penjaring terbanyak kejohanan yang diterimanya. malam tadi.
'Saya bersyukur dinobat pemenang Anugerah Kasut Emas'

PEMENANG Anugerah Kasut Emas, Mohd Safee Sali bersyukur dapat menjulang piala kejohanan buat kali pertama dalam tempoh 14 tahun sejak diperkenalkan.
“Terima kasih kepada rakan sepasukan yang mencipta peluang kepada saya,” kata Safee. “Pada awal kejohanan saya tidak yakin dapat menjulang piala ini, tetapi selepas beberapa perlawanan, keyakinan saya memuncak untuk muncul juara.”
Pada sidang akhbar selepas perlawanan malam tadi, Safee sekali lagi menyatakan kesediaannya menyertai kelab luar termasuk dari Indonesia sekiranya diberi tawaran.

“Sebagai seorang pemain profesional, saya akan menyahut cabaran bermain di luar Malaysia jika ada tawaran. Tetapi buat masa sekarang masih belum ada apa-apa tawaran,” katanya.

Safee berjaya meledakkan lima gol dalam kejohanan, termasuk satu malam tadi untuk muncul penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF kali in.

Dalam perlawanan final kedua, malam tadi, Safee yang mendapat umpanan cantik daripada pemain sayap, Mohd Ashari Samsudin pada babak kedua permainan menyambut dan merembat deras menggunakan kaki kiri. Tetapi usahanya gagal membantu Malaysia menang selepas lawan membalas dua gol Mohd Nasuha dan Muhammad..

No comments:

Post a Comment

Search This Blog