April 1, 2012

Jangan Mudah Lafazkan Gagal !

  • Tidak bermakna dan tidak lengkap kejayaan seseorang sekiranya dia tidak pernah mengharungi sebarang kegagalan...
  • Kegagalan merupakan satu proses pembelajaran untuk menjadi lebih berjaya..
  • kegagalan akan membantu untuk mematangkan diri dalam membuat keputusan pada masa akan datang..
  • Tewas untuk meghadapi ketakutan terhadap diri sendiri merupakan kegagalan yang paling teruk..
  • Ketahuilah semakin banyak kamu mengalami kegagalan, semakin dekat untuk kamu menghampiri kejayaan..
  • Kegagalan bukanlah titik noktah dalam sesebuah kehidupan..Kamu tidak akan mengetahui nikmat kejayaan selagi kamu tidak pernah merasai kegagalan..
  • Seseorang itu akan gagal sekirannya pemikirannya hanya memikirkan tentang kegagalan..
  • Kegagalan ialah satu perkara yang menyeronokkan untuk dikongsi apabila seseorang itu sudah berjaya kelak..
  • Kejayaan dan kegagalan saling berkait..Apabila sudah bersedia untuk 'bermain', kamu juga perlu bersedia untuk menghadapi kedua duanya..
  • Seorang yang takut gagal adalah seseorang yang tiada keyakinan terhadap dirinya sendiri..
  • Apabila gagal , kamu sebenarnya telah mengambil langkah pertama untuk berjaya..
Smile always guys..trust your self and be your self..

No comments:

Post a Comment

Search This Blog