August 26, 2011

It's my fault


Tak tahu laa kenapa tetibe hari ni terniat nak update blog pasal dia..mungkin sebab Aku rindukan dia kot..atau di sebabkan aku tak tahu nak luahkan apa yang aku rase sekarang ni??? Hurmm entah laa..sejak keluar dari kem semua jadi tak menentu..memang tak di nafikan secara fizikalnya aku nampak okey, tapi hakikatnya Tuhan saja yang tahu..

- CeriteraCintaKami -
Kita bertemu dekat kem plkn..mula mula masuk kem masing masing tak kenal diantara satu sama lain..tapi aku mula perasan kewujudan kau time kelas CB..actually aku pernah usha kau lepas tu kau tahu apa hati aku cakap "cutenye"..hahahhaaa serius tak tipu..tapi time tu tak ada pape perasaan pun sebab niat aku masuk plkn bukan nak cari bf tapi nak cari bff...kau pernah cakap dekat aku first first kau kenal aku time aku senyum dekat kau..kau cakap time tu kau dah mula suka kan aku..start dari tu kita mula bertukar tukar senyuman(x blh blar)..hehehee..sampai lah satu hari tu kau mintak no handfon aku..aku saja taknak bagi sebab ape??? kau tahu setiap kali kau mintak no aku mesti kau malu malu nak mintak..aku suka tangok muka kau bile kau tengah malu..hehehhehee comel...bile dah lama lama tu kau dapat jugak no aku tu pon daripada member kau..mula mula kita just kawan time tu kau ada gosip dengan Luna, so aku pon taknak harap sangat..sungguh sungguh kau Explain dekat aku yang kau dengan dia takada pape..hehee actually aku tak kesah pon..

Setiap hari jumaat lepas dapat handfon mesti kau akan call aku..kalau tak kau yang call aku,aku yang call kau..kita jarang mesej sebab aku tahu kau jenis yang tak suka mesej..kau tahu apa yang aku suke pasal kau??
1) aku suka sakat kau..apa yang aku perasan laa kau nie bile dengan perempuan kau mesti jadi pemalu..seriously muke kau bile malu memang comel..
2) aku suka gaduh dengan kau..setiap kali kite berjumpe or bercalling mesti kite akan gaduh,masing masing taknak kalah..hehehehee memang kelakar sangat..
3) aku suke kau sebab kau manje sangat..serius tak tipu kau lah lelaki yang paling gedik dan mengade gade dalam dunia..hahahaa menyampah !!
4) bile kau badmood muke kau nampak sangat menakutkan..
5) aku suka tengok bile kau tersenyum..memang orang lain cakap tak cute, tapi bagi aku "cute dowh"..hahhahaha =p

Satu hari tu ada persembahan kelas KN..aku ingat lagi kau suruh aku betulkan samping kau sebab time tu kelas kau dah nak buat persembahan..lepas habis semuanya cikgu bagi masa untuk bergambar..kita pun tak lepaskan peluang kan kan kan..and then kena masuk kelas sebab nak bukak hemper..nasib baik kelas kita sebelah jea..dapat gak aku usha usha kau..hahahhahaa (kantoi)...Tetibe aku ternampak kau snap pic dengan sorang perempuan nie,nampak mesra sangat..aku tengok senyuman kau tak macam biasa..agak panas jugak laa aku tengok korang..lepas tu aku jalan nak pergi kuliah 8 sebab cikgu suruh aku hantar kotak,tetibe kau halang aku..aku jeling kau pastu aku cakap "dah laa kau memang x ikhlas"...aku tak tahu kenapa dan mengapa aku mesti marah die sedangkan time tu kiteorang takde pape lagi..die call aku banyak kali tapi aku tak angkat pon call die tu..sampailah bile semua dah balik dorm kau send mesej dekat aku kau cakap yang kau betul betul mintak maaf..dan kau cakap yang kau dah mula sukakan aku..kau janji yang kau taknak sakitkan hati aku..and then entah macam mana tah kite boleh couple..hhahaahaa


Cinta tak semestinya memilikikan..maafkan aku sebab buat kau macam nie..keadaan terlalu memaksa aku..mula mula memang susah kita nak terima semua nie..tapi kau cakap dekat aku yang kau redha kau terima semua nie sebagai dugaan dan kau cakap kau sanggup tunggu aku..bile aku tanye kau kenapa?? kau cakap sebab kau mula sayangkan aku..kau tahu time tu aku rase nak nangis sangat..mengunung rase sebesalah aku dekat kau..tapi aku tak mampu nak ubah semuanya..maafkan aku........ ;(


Ya Allah, banyak sekali impianku,
Namun dosa yang menggunung membuatkan
hamba malu bermohon padaMu..
Kau amat suka hambamu berdoa padaMu..
hamba akan terus memohon pada Mu,
Moga Kau meredhai impianku sebagai
Perancang yang telah Kau takdirkan untukku,
dan moga hamba sentiasa redha dengan suratanMu
walaupun ia Bercanggah dari keinginanku,
kerna Kau yang mencipta diriku,
Pasti Kau lebih tahu Yang Terbaik buatku...

No comments:

Post a Comment

Search This Blog