January 8, 2011

SMK CHERAS JAYA masuk surat khabar Metro !

Tuk tuk tuk (bunyi ibu ketuk pintu bilik aku)..Hari ini ibu kejut aku suruh bagun awal(xde la awal mne pon) ingatkan ape bende laa rupa rupa nya ibu cakap Nenek saudare aku nak datang menziarahi Nenek aku yg kini berada di rumah aku..Haaihh penat aku dibuatnya mane tak nya aku baru bagun tengah maimai lagi dah kena kemas rumah yg agak bersepah laa jugak..lepas habis je kemas, aku masuk bilik sambil membawa surat khabar yg baru dibeli oleh ayah ku(skema giler ayat)..aku balek punye balek surat khabar tu tetibe aku ternampak muke Pengetua..terkejutlah aku , "macam mane pengetua boleh masuk surat khabar?", detik hatiku(macam ayat dalam novel lah pulak haahaha)..bile aku nampak je name SMKCJ terus aku berhenti membelek..

                                                    TANGGUNGJAWAB SOSIAL

                                               Pengetua dengan budak pendidikan khas

BALAKONG: Bagi membantu meningkatkan pencapaian pendidikan kanak-kanak bermasalah, Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui Bahagian Sumber Manusianya menyumbangkan tiga komputer dan beberapa peralatan teknologi maklumat (IT) kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Jaya (SMKCJ), di sini, semalam.
Pemberian komputer itu bertujuan membantu pihak sekolah melaksanakan Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran untuk 90 pelajar istimewanya.

Naib Presiden Sumber Manusia, Bahagian Sumber Manusia TNB, Datuk Muhammad Razif Abdul Rahman, berkata sumbangan berkenaan adalah hasil kutipan peribadi daripada lebih 300 kakitangan di Bahagian Sumber Manusia.

“Kutipan dilakukan di atas dasar tanggungjawab menolong kanak-kanak ini yang diyakini mampu meningkatkan potensi diri dengan mempelajari ilmu IT.

“Penyerahan tiga komputer dan pelbagai barangan IT lain juga menjadi sebahagian tanggungjawab sosial korporat syarikat kami yang mahu membantu golongan berkelayakan menerusi dua tema khidmat amal kami iaitu ‘Penggerak Komuniti Negara’ dan ‘Penggerak Pendidikan’,” katanya yang merasmikan majlis penyerahan komputer itu.

Hadir sama, Pengetua SMKCJ, Rozita Ahmad; Naib Yang Di Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Dr Nasri Sulaiman; Pengerusi Biro Kebajikan Pendidikan Khas, Mahadi Bakri; Penyelaras Program Pendidikan Khas Integrasi, Ruhana Jaafar dan kakitangan TNB.


Rozita berkata, sumbangan itu mampu membantu pelajar di kelas pendidikan khas supaya celik IT seperti pelajar normal lain.

“Terdapat 10 kelas dengan jumlah 90 pelajar pendidikan khas di sekolah ini dan kebanyakan mereka mengalami masalah penyakit seperti terencat akal, pertuturan, sindrom down, lemah daya pemikiran dan terlalu lincah.

“Peluang dapat mempelajari IT di kelas literasi komputer ini diharapkan dapat tingkatkan pencapaian pendidikan anak-anak istimewa sebagai penerapan ke arah masyarakat penyayang kerana saya percaya jika mereka dibantu, mereka pasti boleh berjaya,” katanya.

p/s : semoge SMKCJ terus maju walaupun aku dah tak sekolah situ dah ;(

No comments:

Post a Comment

Search This Blog